Pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembuli yang dahsyat apabila sanggup mengarahkan rakan untuk membasuh baju, memasakkan maggi dan banyak lagi sewaktu di asrama.
Seorang pembuli kini bergelar bapa meluahkan kerisauan dengan menuntut agar wujud sekolah bebas buli buat anaknya.

Perkara ini dilihat sangat ironi buat bekas rakan sekelasnya yang mengenali akan sosok pembuli terbabit di dalam hantaran media sosial.
Dakwanya, pada minggu lalu dia terjumpa ibu bapa yang bertanya di manakah sekolah berasrama penuh atau Maktab Rendah Sains MARA yang sesuai untuk anaknya dan memberi peneguhan mahu yang bebas buli.
“Tiba-tiba tertekan tgk gmbr DP yang tukang post . Gambar dia satu family bersama suami dia . Dalam hati aku,suami ko ni bapak segala setan masa sekolah dlu. Basuh baju suruh org , makan suruh org hantar , duit org kaki ko paw, smpai maggi pon ko suruh org buat.
Tambahnya, dia sehingga ke hari ini masih mempunyai trauma yang mendalam terhadap pembuli.
Hantaran lelaki selaku mangsa itu telah meruntun hati ramai dan mencetus perbincangan di kalangan netizen di platform Threads.
Seorang pengguna Threads yang pernah menjadi mangsa meluahkan dia akan menuntut permohonan maaf daripada pembuli kerana telah menjejaska kesihatan mental mereka tetapi dia percaya anak mereka tidak hak untuk dipersalahkan dalam hal ini.
“Ada.. Alhamdulillah diorang bahagia semua, tapi sampai mati saya tuntut hak minta maaf,sebb menjejaskan kesihatan mental kita,bab keturunan diorang taknak sentuh..yang jahat diri sendiri..bukan anak² diorg tak berdosa,” luahnya.
Seorang wanita berkongsi kisah yang dikongsikan menerusi tangkap layar di mana seorang pembuli yang mendakwa dirinya adalah mangsa buli telah dihujat oleh mangsa-mangsa lain sehinggalah datang memohon maaf selepas itu.
“Pernah suatu ketika dulu pembuli share dlm fb dia mangsa buli dan sokong komen dia pn bestfriend dia which is pelajar popular sekolah kesygan cikgu. yg mangsa2 ni baca terus rasa tak adil tiba2 play victim.
“Nohh sekali mangsa2 dia semua komen dlm post dia, how he bullied them masa sekolah dulu. terus terbuka semua. pdhal masing2 dh umur 30+ dah.. terus dia minta maaf pd semua. xtau la masih ada lg ke tak post dia. sy xde fb – kwn2 yg ss tunjuk,” kongsinya.
Seorang penguna lain meluahkan rasa tidak puas hati akan betapa ironinya apabila si pembuli mahukan anak dalam keadaan selamat walhal dia pernah menjadi pembuli terdahsyat pada suatu ketika dahlu.
“Kemain cari sekolah elok utk anak, tp xsedo diri sendiri pembuli eh,” komennya.