Lelaki yang merupakan suspek pukul OKU di pasar tani di Chukai beberapa hari lalu, telah ditahan remah selama 3 hari untuk siasatan berkaitan kes tersebut.
Lelaki tersebut telah ditahan pada Jumaat lalu dan mulai direman pada hari ini – menurut laporan portal Harian Metro.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin sehingga 22 Januari. Ini selepas mahkkamah menerima permohonan reman daripada polis ke atas lelaki berusia 40 tahun tersebut.
Polis sebelum ini mengesahkan bahawa suspek disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Dia ditahan sebaik sahaja memberikan keterangan di IPD Kemaman.
Sebelum ini tular video menunjukkan seorang lelaki OKU mental berusia 47 tahun dibelasah beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, kira-kira 9.30 pagi Jumaat lalu.
Ini selepas motosikal mangsa dilaporkan telah terlanggar gerai peniaga di situ menyebabkan makanan berterbaran di atas jalanranaya.
Mangsa kemudian dipukul dan diseret beberapa meter oleh beberapa lelaki yang marah dengannya.
Mangsa berterusan dipukul, dipijak dan dibelasah oleh beberapa individu. Mangsa meronta ronta meminta maaf dan sedia menyatakan sedia membayar ganti rugi.
Mangsa malah disepak di muka ketika dia cuba mencuci mukanya. Mangsa kemudian terpaksa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan akibat daripada serangan fizikal yang teruk diterimanya.
Kejadian itu mengundang reaksi netizen yang marah dengan kejadian tersebut.