Seorang lelaki ditangkap basah selepas merakam bahagian bawah skirt seorang wanita ketika menaiki MRT.
Menurut perkongsian pengguna TikTok iaitu shuqi97, kejadian berlaku ketika beliau dan suaminya membawa anak mereka untuk menaiki MRT.
Baca Juga:
- Singgah Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih: Senarai Masjid Mudah Akses Dari MRT & LRT
- Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Kaum Hawa Elak Jadi Mangsa Lelaki ‘Pervert’ Di MRT
- Dekat Dengan MRT, Tuan Rumah Tawar Ruang Balkoni Untuk Disewa Pada Harga RM1,300 Sebulan
Bawa Anak Naik MRT, Jadi Mangsa Lelaki Miang
@shuqi97 👶 Cuma nak bawa baby naik MRT je… Tapi dia pula ambil gambar bawah skirt saya 📸😱 Memang kena hati-hati betul sekarang ni. #tamanpertama #kl #mrt
Suami mangsa segera merampas telefon, mencekup leher dan membawanya berjumpa petugas di tempat kejadian.
Lelaki tersebut bagaimanapun memberi alasan beliau tidak sengaja dan hanya merakam keadaan sekitar.
Lelaki muda itu kemudiannya merayu meminta dilepaskan sehingga memegang kaki individu yang mendedahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Dalam video itu, kedengaran si pelaku itu merayu-rayu sambil berkata, “Uncle please I’m begging,” selepas ditangkap melakukan perbuatan tersebut.
Di akhir video, si suami kemudiannya pergi ke balai berdekatan untuk membuat laporan mengenai insiden tersebut.