Seorang lelaki warga Singapura telah didenda S$5,000 (RM17,263) selepas menyamar sebagai pengawal peribadi puteri dari keluarga diraja Selangor.
Beliau melakukan perkara tersebut untuk mendapatkan layanan istimewa kepada anak perempuannya semasa konsert K-Pop yang berlangsung selama dua hari di Stadium Nasional Singapura pada Januari tahun ini.
Menurut laporan CNA, anak perempuannya telah membeli tiket untuk dua hari konsert tersebut, di mana tiket tersebut telah dibayar oleh ayahnya.
Dia yang risaukan keselamatan anaknya dan tidak anak perempuan beratur untuk masuk ke konsert beliau telah memutuskan untuk merancang sesuatu.
Setelah menemui nombor telefon penganjur konsert dalam talian, beliau menghubungi mereka dan memaklumkan bahawa seorang puteri dari keluarga diraja Selangor telah membeli tiket untuk menghadiri konsert tersebut dan meminta akses untuk masuk awal bagi ‘melindungi puteri’ sambil menjelaskan bahawa beliau adalah pengawal peribadinya.
Penganjur konsert memberitahu lelaki tersebut untuk datang awal ke tempat konsert pada hari kejadian.
Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu anak perempuannya mengenai rancangannya.
Apabila hari konsert tiba, lelaki tersebut malah mengenakan sut untuk kelihatan seperti pengawal peribadi diraja yang sebenar.
Percaya dengan muslihatnya, beliau diberikan lanyard dan 2 tiket untuk konsert selama dua hari tersebut, dengan keistimewaan masuk awal.
Namun, anak perempuan dan rakannya tidak diberikan tiket tambahan kerana tiket yang dibeli adalah sah.
Segalanya berjalan lancar untuk mereka pada hari pertama.
Namun, penganjur konsert mula merasakan sesuatu yang tidak kena dan setelah melakukan siasatan, penganjur mendapati bahawa mereka sebenarnya bukan dari keluarga diraja Selangor.
Di mahkamah, lelaki tersebut mengaku bersalah dan memohon hukuman yang lebih ringan kerana tindakannya hanya untuk memastikan keselamatan anak perempuannya.
Beliau kemudiannya dikenakan denda S$5,000 (RM17,263).