Seorang lelaki yang tular bergaduh dengan tauke kedai baru baru ini, telah membuat penjelasan tentang situasi pada hari tersebut.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan layanan pemilik kedai yang agak biadap. Kedua dua mereka kemudian bertikam lidah, dan akhirnya dia menyatakan bahawa tauke tersebut yang mengajak dia ‘1 by 1’.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Video pergaduhan mereka tular di semua platform media sosial. Di mana lelaki tersebut yang dipercayai mabuk telah beberapa kali ditumbangkan oleh pemilik kedai tersebut.

Dengan tauke kedai berkali kali mengingatkan dia dan rakannya bahawa pertarungan itu adalah 1 by 1 secara gentleman.

Pada babak akhir pergaduhan lelaki tersebut memukul kepala pemilik kedai dengan helmet dan dia sekali lagi ditumbangkan.

Semalam satu video di TikTok menunjukkan bahawa lelaki yang membeli barang itu tampil menyatakan bahawa dia juga sebenarnya seorang atlet sukan tempur.

Jika pemilik kedai itu merupakan pemilik tali pinggang hitam taekwondo, dia pula pemilik tali pinggang hitam dalam karate.

@prabu_360_

real one by one gentleman story! #fyp #viral_video #fypage #foryoupage

♬ original sound – ♤_PRABU_♤ – ♤_PRABU_♤

Netizen kemudian menyatakan bahawa rupa rupanya ini bukan sekadar pertarungan 1 by 1 gentleman, sebaliknya pertarungan dua disiplin seni bela diri.

Seorang lagi pengguna TikTok menjelaskan: “Dia minta maaf kepada masyarakat Tamil. Dia pun ada tali pinggang hitam dalam karate. Cuma masa itu dia tengah mabuk dan memang tak ada peluanglah nak menang.

“13 tahun lepas dia dengan tauke cina ni pun pernah bergaduh.”

Kenyataan tersebut selari dengan satu lagi video penjelasan daripada pak cik berbaju biru yang menjelaskan kenapa dia tidak menghalang dua lelaki itu bergaduh.

Netizen yang lain meminta lelaki tersebut agar belajar daripada apa yang berlaku dan menggunakan kesempatan di sebalik kemahsyurannya di media sosial untuk sesuatu yang lebih bermanfaat.