Seorang lelaki terjun Sungai Kuantan kerana masalah putusu cinta. Lelaki berusia 22 tahun dilaporkan sangat sedih kerana putus hubungan cinta dengan teman wanitanya.

Menurut Mynewshub, kejadian itu berlaku di Jambatan Putra pada malam 3 Mac.

Di mana lelaki tersebut turut membuat panggilan video kepada bekas kekasihnya, ketika dia mahu terjun ke dalam Sungai Kuantan itu.

Lelaki terjun sungai

Polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat motosikal yang ditinggalkan lelaki itu masih dalam keadaan hidup dan telefon bimbitnya juga masih dalam mod panggilan video.

terjun sungai

Operasi mencari lelaki berusia 22 tahun itu dilakukan segera oleh APM dan bomba menurut laporan portal itu lagi.

“Operasi mencari dan menyelamat melibatkan polis, bomba, dan APM bermula pada 11.30 malam untuk mencari mangsa di sepanjang sungai,” tulis sumber itu lagi.

Kenapa sampai terjun sungai?

Netizen ternyata terkejut dengan tindakan lelaki tersebut. Dan berharap dia sedar bahawa bunga bukannya sekuntum.

Netizen yang lain berkata: “Untuk adik-adik dekat luar sana. Nak bercinta, boleh. Nak sayang, boleh. Tapi jangan sayang sangat. Cinta manusia bersifat sementara.

apm

“Bila-bila masa akan berubah. Orang dah kahwin pun boleh berubah, apatah lagi teman lelaki teman wanita. Boleh ada impian tapi jangan jadi hamba impian tu.”

Yang lain pula menyatakan bahawa, pada usia baru 22 tahun sudah mampu memiliki R15: “Boleh dapat lagi baik atau lagi lawa jika kamu berusaha lagi. Bunga bukannya sekuntum.”

Ada juga yang faham tekanan yang dihadapi seseorang kerana terlalu sayangkan pasangan mereka, tiba tiba putus cinta.

Namun mereka menasihati lelaki tersebut agar tidak sampai hilang pertimbangan melakukan perkara yang memudaratkan diri seperti tindakan lelaki terjun sungai tersebut.