Cubaan seorang lelaki kulit hitam untuk merompak gagal, apabila pengunjung salun kecantikan di Atlanta, Georgia langsung tidak mengendahkan gertakannya.
Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu menyaksikan suspek menerpa masuk ke premis berkenaan sambil menjerit dan mengarahkan kesemua mereka untuk menyerahkan wang.
Baca Juga:
- Mirip Arwah Siti Sarah, Raisuddin Sanggup Redah 7 Jam Perjalanan Untuk Berjumpa Adik Miza
- Dedah Jualan Bubble Bee Mencecah RM150 Juta, Shuib Bidas Tuduhan Kaya Sertai ‘Freemason’
- Bukan Kes Rompak, Rupanya Along Upah 3 Lelaki Rampas Kereta Di Tengah Jalan
Dia dalam pada itu turut dilihat seolah-olah mengacukan senjata yang disorok di dalam beg.
Kesemua pengunjung dilihat meragui tindakan lelaki berkenaan mempunyai sebarang senjata dan hanya memandang lelaki itu tanpa mengendahkannya.
Suspek yang kemudian terpinga-pinga cuma mengambil sebuah telefon bimbit sebelum akhirnya beredar dari situ dengan kereta sedan berwarna silver.
Pihak berkuasa dalam pada itu mengeluarkan ganjaran A$2,000 (~RM9,320) untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek.