Kes ugut Harith Iskander dan keluarga,  seorang lelaki menyatakan dia tidak berniat untuk mengancam keluarga tersebut.

Sebaliknya dia cuma mempermainkan perasaan Harith Iskander.

Tertuduh yang sebelum ini direman sudah dihadapkan ke mahkamah.

Tertuduh yang merupakan lelaki bujang itu mengaku bersalah kerana menghantar mesej berbaur ugutan kepada Harith Iskander dan bekas isteri, Dr. Jezamine Lim yang melibatkan keselamatan anak perempuan pelawak itu.

Dr Jezamine segera membuat laporan polis untuk memastikan individu tersebut disiasat.

Kesalahan dilakukan pada  23 Januari yang lalu.  Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Yang membawa kepada hukuman penjara maksimum 7 tahun, denda atau kedua duanya sekali.

Lekaki ugut Harith Iskander dan keluarga dikenakan tindakan

Mahkamah memutuskan bahawa tertuduh akan dihukum penjara 5 bulan kerana ugut Harith Iskander dan keluarganya.

Dia juga diminta membayar denda RM2,000. Jika gagal membayar denda, tertuduh akan menjalani hukuman penjara tambahan selama 2 bulan lagi.

Sebelum ini Dr Jezamine yang merupakan pengurus peribadi Harith Iskander mengesahkan bahawa persembahan Harith di Dewan Filharmonik Petronas terpaksa dibatalkan kerana ada ugutan melibatkan keselamat keluarga Harith dan juga dirinya.

Harith Iskander
Harith Iskander (FOTO MSTAR)

Menurut mStar ugutan itu dipercayai berlaku kerana tertuduh tidak berpuas hati dengan lawak ‘ham’ yang dibuat Harith Iskander di media sosial.

Di mana pelawak itu membuat lawak dengan perkataan ‘Ham  Sap Kopi’.

Kemudian terdapat juga komen berbaur hinaan ke atas Nabi Muhammad di ruangan komen oleh individu bernama Cecelia Yap.

Perkara itu membuatkan ramai yang marah dan membuat beberapa laporan polis ke atas Harith Iskander dan Cecelia.

Selepas itu Cecelia Yap dilaporkan mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka dan berjanji tidak  akan mengulangi lagi kesilapannya di masa akan datang.

Bukan itu sahaja, dia juga berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berkaitan dengan siasatan kes tersebut.