Seorang lelaki berkongsi kisah yang mana beliau terpaksa menarik diri selepas teman wanitanya meminta wang hantaran sebanyak RM50 Ribu.
Lelaki tersebut berkongsi kisahnya di laman Threads dimana selain wang hantaran tinggi yang diminta, beliau turut mendedahkan sebab lain mengapa beliau mengambil keputusan untuk menarik diri.
Sebab Lain Mengapa Tarik Diri Selain Wang Hantaran
“Saya faham yang menolak seseorang pun susah, sebab buat orang kecewa bukanlah satu perasaan yang baik. Akan tetapi, lebih baik daripada terus mengecewakan untuk masa yang lama.
“Tahun lepas saya tolak seseorang, dan pengakhirannya seperti ini.
“Saya tak sangka ramai yang fokus dengan RM50 Ribu, tetapi isu ini lebih dalam berbanding wang tersebut.

“Saya perasan dia cuma berminat nak ada hubungan dengan saya, tapi dia tak berminat dengan saya sebagai diri saya.
“Contohnya, dia cepat sangat panggil saya ‘abang’ dan ‘sayang’. Dan semasa kami berbual, saya saja yang tanya soalan.
“Bila saya minta dia pula untuk tanya apa-apa soalan, jawapan dia senang yang mana dia cakap ‘saya tak tau tanya soalan, awak la tanya, saya lagi suka jawap,” katanya.