Sejak kelmarin, sebuah penginapan Airbnb telah tular di media sosial disebabkan penawarannya yang cukup unik. Mana tidaknya, penginapan tersebut lengkap dengan pantai mini buatan yang pastinya memberikan pengalaman menarik kepada pengunjungnya.
Penginapan Airbnb tersebut dikenali sebagai TTS Beach Village dan terletak di Semenyih. Lokasinya hanyalah kira-kira 40 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan sangat sesuai untuk mereka yang mahu lari dari hiruk pikuk kota.
Baca Juga:
- Penginapan ‘Awesome’ Dikelilingi Alam Semulajadi Di Hulu Selangor Ini Sesuai Untuk Anda Yang Cari Ketenangan
- Pengalaman Mengembara Ke Galaksi Bima Sakti Di Kaki Langit Kuala Kubu Bharu
- Penginapan Unik Ini Ditawarkan Secara Percuma, Tapi Kena Tempah Dulu
Ngam utk fmly day!! Siap "Private Beach". Di Semenyih jee??!!
Boleh muat 26 orang weh, ada 5 bilik, 6 toilet, BBQ area, Jakuzi, infinity pool. Paling best siap Private Beach!!
📌 TTS Beach Village @ Semenyih pic.twitter.com/yYJivr1kb8
— Jalan-Jalan Cuti Santai (@JalanCutiSantai) October 29, 2022
Untuk pengetahuan anda, penginapan ini boleh memuatkan maksimum sehingga 26 orang dan mempunyai 5 bilik tidur berhawa dingin dengan 22 katil. Boleh dikatakan penginapan ini cukup besar dan bolehlah anda bersama keluarga atau rakan ‘staycation’ di sini.
Selain daripada pantai mini buatan, penginapan ini juga memiliki kolam renang dan juga jakuzi. Kiranya, memang banyak kemudahan yang boleh anda gunakan ketika menginap di sini.
Selain itu, kemudahan ruangan BBQ, tasik memancing, dapur memasak dan steamboat juga tersedia. Malah, perkakas memasak disini siap ada khusus untuk barangan halal maka tidak perlu risau kalau bercampur dengan barangan basah tetamu sebelum ini. Jom lihat gambar-gambar di kawasan penginapan ini:
Bagi anda yang tertarik dan mahu cuba menginap di sini, anda bolehlah membuat tempahan di sini dan hasil tinjauan kami, harga penginapan satu malam di sini adalah RM1,713 sahaja.