Seorang peniaga Airbnb, bernama Fohler kini berdepan saman daripada pelangganya, ini gara gara pemilik rumah tersebut menghantar gambar lelaki tersebut ‘check in’ bersama wanita lain, kepada isterinya.

Fohler dikatakan bengang dengan penyewa tersebut yang enggan membayar sewaan sebanyak $960. Sewa semalam tempat tersebut adalah $567.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun penyewa dikenakan caj tambahan kerana melanggar beberapa peraturan. Ini termasuk menghisap rokok dan vape di dalam rumah.

Selain itu penyewa turut membawa penginap tambahan di tempat tersebut. Kerana dalam kontrak hanya 8 sahaja tetamu dibenarkan duduk pada satu masa.

Penyewa yang bernama Shawn itu sudah diberikan amaran untuk menghalau keluar tetamu tambahan tersebut. Sambil menyatakan bahawa undang undang pihak berkuasa yang melarang menyewa homestay atau Airbnb lebih daripada 8 orang.

Selain itu tuan rumah juga menyatakan bahawa saiz rumahnya cukup cukup menampung 8 orang sahaja.

Shawn memberitahu tuan rumah, hanya ada sekitar 4-5 orang sahaja akan bermalam. Sementara ada rakannya yang lain akan datang melawat.

Tuan rumah mengingatkan bahawa, setiap pelanggan akan dikira berdasarkan pengawasan kamera CCTV depan pintu. Selain itu, kamera itu juga digunakan untuk memantau sama ada pelanggan ada membuat bising atau tak bagi menjaga ketenteraman kejiranan.

Fohler kemudian mendapati, ada 9 pelanggan berada di situ dalam satu masa. Dan mereka dituduh membuat bunyi bising, merokok, hisap vape dan beberapa kesalahan lain.

Ketika nak keluar, Shawn dikenakan penalti.

Akibat bengang dengan tagihan selepas ditolak deposit, semuanya $960, yang dianggap terlalu mahal itu. Shawn memutuskan enggan membayarnya. Dia malah meninggalkan komen mengecam dan memberikan 1 bintang sahaja kepada Airbnb itu.

Shawn mendakwa tuan rumah telah bersikap teruk sekali melayan mereka dan berterusan cuba memeras ugut mereka. Bukan itu sahaja, Shawn malah mendakwa tuan rumah memaksa dia memadamkan komen kritikannya dan mengancam mahu Airbnb membatalkan akaun Shawn.

Tindakan Shawn yang berdegil enggan membayar membuatkan tuan rumah sangat marah dan menghantar gambar lelaki bernama Shawn ‘check in’ bersama sama dengan wanita lain kepada isterinya.

Shawn kini memfailkan saman kepada pihak Airbnb yang terlibat. Kerana menurutnya tindakan itu telah membuatkan rumah tangganya berantakan.

Ianya gara gara gambar dihantar itu dengan subjek email: “Cantik beg.”

Shawn kini buntu kerana dia cuba menyelamatkan perkahwinannya. Dan berharap tuan rumah tersebut diheret ke muka pengadilan.