Tular satu klip video menunjukkan seorang pengguna jalan raya merungut dengan permukaan jalan raya yang rosak, bertampal.

Video tersebut merakam keadaan jalan di sepanjang Jalan Ampang berhampiran kawasan-kawasan kedutaan luar negara yang menuju ke arah KLCC.

Lelaki tersebut menanyakan siapakah pihak yang patut memantau kerja-kerja mengorek dan menampal semula jalan raya tersebut.

@mie83stariankl.chauffer

Hari² lalu cukup sebulan kereta pun jahanam la… cukai jalan bayar tapi jalan macam haram jadah lobang sana sini tampal sana sini… wei ni KL la malula jalan KL macam ni… mana pegi mata yang sepatutnya pantau benda ni… #cukaijalankamibayar #dewanbandarayakualalumpur #jabatankerjaraya #fyp

♬ original sound – zaymie – MIE@STARIANKL

Sepanjang dia melalui jalan tersebut, nampak gegaran yang ketara yang terakam dalam video berkenaan gara-gara permukaan jalan yang tidak rata.

Menurut netizen, keadaan sebegitu rupa bukan sahaja berlaku di Jalan Ampang. Bahkan ia terjadi di tempat-tempat lain di sekitar Lembah Klang.

“Akhirnya ada orang cakap benda ni. Memang betul, mereka tampal balik terus jadi teruk jalan itu.

“Betul juga itu. Banyak jalan yang sebelum ini elok. Selepas mereka repair makin teruk. Apa motif?

“Betul-betul. Mana QA dia check jalan jadi macam ini. Tunggu lagi beberapa minggu berlubang terus jalan ini,” tegur netizen.

Keadaan jalan raya yang kurang baik ada yang menyebabkan kenderaan rosak dan perlu dibaik pulih sendiri.

Warganet berasa pelik, setiap kali jalan dibaiki, ia bukan menjadi lebih baik. Bahkan menjadi lebih teruk daripada sebelum ini.

Pengguna berharap agar pihak berkuasa dapat turun padang bagi menyelesaikan masalah tersebut daripada terus berleluasa.