Berbincang mengenai pelaburan hartanah, pastinya ramai yang bersetuju di mana pelaburan ini menjanjikan pelaburan yang tinggi dan berbaloi buat para pelabur.

Harga yang hartanah yang semakin meningkat membolehkan para pelabur mengaut keuntungan sama ada melalui sewaan atau penjualan semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu, tidak semua hartanah sesuai dijadikan sebagai pelaburan. Menerusi perkongsian Facebook Muhammad Ishaq, beliau memaklumkan Arte Plus yang bertempat di Jalan Ampang ini sedia dilelong bermula serendah RM336,000.

Lebih mengejutkan, hartanah dengan keluasan hanya 969 kaki persegi dan berada di lokasi strategik ini pernah bernilai lebih RM1.3 juta sebelum ini.

Dari segi landskap, hartanah ini berjaya menawarkan pemandangan yang menarik serta turut menjadi pilihan pemilik untuk dijadikan sebagai homestay.

Kejatuhan harga hampir RM1 juta atau 75% daripada harga asal ini pastinya memberi kesan besar khususnya buat para pelabur yang mahu mengaut keuntungan daripada penjualan semula.

Lelongan yang bermula pada harga RM336,000 ini berkemungkinan bakal terjual dengan harga lebih rendah daripada harga asal iaitu lebih RM1.3 juta. Sekiranya tiada pembida yang berminat, tidak mustahil hartanah ini bakal dilelong semula dengan harga permulaan yang lebih rendah.

Sumber