Nampaknya dominasi Tesla dalam industri kereta elektrik kini berdepan dengan persaingan. LeEco, syarikat dari China telah memperkenalkan ‘LeSEE’. LeSEE adalah sebuah sedan 4 pintu dan mempunyai interior kemas dan touchscreen seperti yang terdapat pada Tesla Model 3.

Kereta ini masih dalam bentuk konsep dan tiada maklumat lanjut berkenaan kereta ini buat masa ini. Dikatakan ianya mampu mencecah kelajuan 210km/j. Prototype kereta ini dikatakan akan muncul pada Beijing Auto Show minggu hadapan. Harap-harap ia setanding dengan kemampuan Model 3.

Promo kereta ni nampak sangat hebat. Adakah ianya akan dihasilkan seperti apa yang ditayangkan di Youtube? Kita tunggu dan lihat.

Baca : ‘Model 3’, Kereta Mampu Milik Tesla

Sumber