Operator air di setiap negeri perlu memastikan mutu perkhidmatan dan sistem bekalan air bertambah baik, seiring dengan keputusan kerajaan Persekutuan membuat pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tegas, termasuk lesen ditarik, denda atau hukuman yang lebih tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Star

“Apabila operator air di setiap negeri masing-masing menjana pendapatan tambahan untuk membolehkan mereka menampung keperluan perbelanjaan operasi (opex), kita jangkakan mereka akan melaksanakan pembangunan infrastruktur sistem bekalan air.

“Kita sudah beri sedikit ruang dengan tahap kewangan yang lebih bagus, kita harap operator air tambah baik perkhidmatan.

“Sebelum ini peluang sudah diberikan lama dan faham dengan situasi kewangan mereka.

“Jadi, selepas benarkan mereka stabilkan kewangan dengan ‘opex’, kita mahu perubahan.

“Sekiranya tiada, dengan izin Jemaah Menteri, keputusan drastik akan dibuat,” katanya ketika Sesi Bersama Editor Media: Pelarasan Tarif Demi Meningkatkan Tahap Perkhidmatan Bekalan Air bertempat di Hotel Pulse Grande, di sini.

Tambah Ahmad Faizal lagi, sebagai sebuah badan kawal selia perkhidmatan bekalan air dan pembetungan di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, suruhanjaya itu mempunyai kaedah untuk memantau operator air di setiap negeri.

“Sebelum ini, belum ada operator air yang ditarik lesen.

“Seandainya ia berlaku, ada proses yang akan diikuti, antaranya SPAN dibenarkan untuk melantik sesiapa sahaja untuk mengambil alih.

“Maksudnya, operator air itu ada tapi yang menguruskannya akan dilantik oleh SPAN.

“Kita berhak menggantikan semua atau mana-mana (peringkat pengurusan) yang sesuai,” jelasnya lagi.

Sumber