Hari ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memperkenalkan rekaan ilustrasi terbaharu Lesen Memandu Malaysia (LMM).
Lesen terbaharu itu kini dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan, petik Harian Metro.
Baca Juga:
- Kena Lalui Proses Macam Orang Malaysia, JPJ Hentikan Penukaran Lesen Memandu Asing Mulai 19 Mei
- JPJ Melaka Cari ‘YouTuber’ Naik Skuter ‘Modified’ 3 Orang
- Jangan Terkejut Nampak Toyota Corolla Altis JPJ Atas Jalan Nanti, Itu Kereta Apa?
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kad LMM terkini itu telah diedarkan secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini.
Lesen memandu baharu untuk pemohon yang akan keluar negara sahaja
Namun cetakan fizikal kad LMM versi terkini itu hanya dibenarkan untuk pemohon kategori warganegara yang akan ke luar negara.
“Versi terkini ini berupaya mencegah unsur pengubahsuaian dan pemalsuan kad serta mempunyai daya tahan penggunaan untuk tempoh maksimum 10 tahun.
“Manakala dari aspek reka bentuk ilustrasi, LMM versi terkini mempunyai gambar latar belakang yang memaparkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan, serta Istana Negara dan motif abstrak flora pada bahagian belakang.
“Cetakan kad LMM untuk kategori yang dibenarkan pada masa ini sudah berlangsung secara berperingkat di cawangan JPJ tertentu bagi memberi masa kepada tempoh peralihan daripada sistem kad versi sebelumnya kepada versi terkini,” katanya pada sidang media di IM Intensif Sdn Bhd Adda Height di sini hari ini.
Bagi pemohon biasa yang membuat pembaharuan lesen, mereka hanya memperoleh lesen digital sahaja.
“Kalau pembaharuan macam biasa guna aplikasi MyJPJ. Kalau pemohon mahu keluar negara mereka boleh dapatkan lesen memandu fizikal ini.
“Kita tahu tidak semua negara menerima aplikasi MyJPJ. Hanya Singapura sudah terima tetapi ada negara yang tidak terima lesen memandu secara digital. Mereka perlu membawa lesen fizikal dan permit memandu antarabangsa (IDP) yang boleh dimohon di JPJ,” katanya.