Setiap orang mempunyai kriteria tersendiri untuk mencari pasangan mereka dan kini, ramai orang menggunakan media sosial sebagai salah satu platform mencari jodoh.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @ArjunaIndera98 telah mengiklankan dirinya dan juga menyenaraikan kriteria yang dia mahu dalam diri pasangannya dalam satu ciapan di Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi ciapan tersebut, dia dilihat mencari pasangan yang memiliki keputusan Malaysian University English Test (MUET) dengan nilai lebih dari band 4, dalam bahasa mudahnya nilai tertinggi untuk MUET.

Perkongsian terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut tetapi mengatakan ianya tidak salah untuk mencari yang sekufu agar dapat berkomunikasi dengan baik.

https://twitter.com/brgsjks/status/1587609514240774145

https://twitter.com/kucenmillennial/status/1587639063502553088

Akan tetapi, ada juga netizen yang ‘bitter’ dengan kriteria yang diletakkan oleh jejaka tersebut dan mula berbalah. Lantaran perbalahan tersebut, ada juga netizen berseloroh mengatakan mungkin mereka berjodoh kelak dan ini adalah titik permulaan perkenalan mereka.