Kecoh baru-baru ini apabila syarikat Les’ Copaque selaku syarikat yang mengeluarkan kartun Upin-Ipin menerusi beberapa platform tampil mengeluarkan video podcast terbaru di YouTube.

Tampil dengan video podcast Drama Di Lokasi Penggambaran dengan mengulas mengenai kebaikan serta keburukan pekerja dan juga bekas pekerja, video podcast ini telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Rata-rata netizen walau bagaimanapun meluahkan rasa kecewa dengan podcast yang turut mendedahkan sisi gelap pekerja dalam syarikat mereka sendiri seolah memaparkan suasana pekerjaan yang toksik.

Rata-rata netizen walau bagaimanapun meluahkan rasa kecewa dengan podcast yang turut mendedahkan sisi gelap pekerja dalam syarikat mereka sendiri seolah memaparkan suasana pekerjaan yang toksik.

Menerima respon yang negatif dalam tempoh sekitar seminggu, Hj Burhan Radzi selaku pengasas dan penerbit syarikat Les’ Copaque menerusi Facebook semalam telah tampil dengan respon mengenai isu yang berlaku.

Menurut Hj Burhan Radzi, beliau dapati rata-rata komen tersebut merupakan komen negatif terhadap kejayaan syarikatnya. Hj Burhan Radzi menyeru kepada orang ramai untuk move on dengan situasi yang melanda sebelum ini.

Malah, beliau turut memaklumkan lebih 200 pekerjanya sedang sibuk sehingga akhir tahun ini di mana Les’ Copaque bakal mengumumkan beberapa projek terbaru mereka tidak lama lagi. Beliau turut memaklumkan sedia menerima bakal pekerja baru.

Berjaya membina legasi bersama Les’ Copaque, Hj Burhan Radzi turut mempromosi buku When Atok Ranggi Is Talking dalam membolehkan orang ramai mengetahui mengenai kisah kejayaan beliau dengan lebih dekat.

Selain memberi respon serta berkongsi mengenai masa depan Les’ Copaque, Hj Burhan Radzi menerusi Facebook menerusi Facebook turut berkongsi