Kedatangan Kylian Mbappe dalam memperkuatkan skuad Real Madrid langsung tidak menggentarkan penyerang Barcelona, Robert Lewandowski.

Destinasi seterusnya buat pemenang Piala Dunia 2018 itu masih belum dimuktamadkan tetapi seperti diketahui beliau boleh dikatakan semakin hampir untuk diperkenalkan sebagai pemain baharu Real Madrid.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Satu keadaan yang bakal meningkatkan lagi kekuatan jentera serangan Real Madrid dimana pada ketika ini mereka sudah memiliki Vinicius Jr, Rodrygo dan Joselu.

Sebagai pasukan lawan sudah pastinya Lewandowski tidak melihat ia sebagai faktor yang akan melemahkan Barcelona dan percaya The Blaugrana mampu untuk menundukkan Real Madrid walaupun dengan kehadiran Mbappe.

“[Kedatangan Mbappe] Ia masih belum rasmi lagi tetapi nampaknya semua jalan menujui Real Madrid.”

“Takut? Sudah tentu tidak, memang Kylian Mbappe seorang pemain yang luar biasa dan jika dia pergi ke Real Madrid, ia akan menjadikan Real Madrid sebagai sebuah pasukan yang sangat kuat.”

“Tetapi mentaliti kami mestilah tidak kira betapa bagusnya pemain, jika kami satu pasukan dan bekerjasama, kami boleh mengalahkan mereka.”

“Kami perlu bersedia dari perlawanan pertama dan minit pertama kerana Real Madrid mungkin memerlukan masa. Mereka tidak akan bermula dengan baik dan akan kehilangan mata, dan kami perlu memanfaatkannya.”

“Bukan untuk mengejar mereka tetapi untuk mendahului mereka,” ujar Robert Lewandowski menurut sumber Marca.

Kylian Mbappe akan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Real Madrid dengan menerima £12.8 juta semusim dan tambahan £128 juta bonus yang akan dibayar selama lima tahun.