Jika beberapa tahun lalu, teknologi penstabilan imej memerlukan kos yang mahal untuk mendapatkan aksesori yang berkaitan. Namun sekarang teknologi tersebut telah ada dalam telefon pintar.

Lelaki dalam video ini menjelaskan bagaimana teknologi penstabilan imej ini berlaku. Yang agak menariknya, dia menggunakan ayam sebagai bahan eksperimen. Dari rakaman biasa hingga ke rakaman yang paling ekstrim.

Tapi kami percaya ayam dalam video ini hanya sebagai simbolik sahaja kepada teknologi ini.

https://www.youtube.com/watch?v=4VxwKlT6GHI

Bijak juga LG buat iklan tentang telefon pintar mereka.