Demam Black Panther nampaknya masih lagi hangat. Terbaru, mammothnamedjim telah memuat naik gambar kasut terbaru yang telah diubahsuai beliau di laman Instagram beliau. Menggunakkan model kasut adidas DAME 4 rekaan ini tampak sangat mirip dan sesuai untuk dipadankan bersama suit Black Panther.

Di dalam gambar ini anda akan dapat lihat warna bintik-bintik ungu bersama tiga jalur yang sudah menjadi trademark buat adidas. Untuk tapak kasut pula model ini menggunakan tapak Bounce. Akhir sekali rekaan kasut ditutup dengan logo helmet Black Panther kecil dengan tulisan Wakanda pada sebelah kiri dan tulisan Forever disebelah kanan.

Adakah anda akan mendapatkan kasut ini sekiranya diumumkan secara rasmi oleh adidas?

black-panther-dame-4-custom-01

black-panther-dame-4-custom-03