Minggu lalu dunia seni dikejutkan apabila sebuah karya seni oleh seorang artis Itali bernama Maurizio Cattelan terjual pada harga USD120,000 (~RM499,000) di Art Basel Miami Beach.

Karya seni berkenaan yang dipanggil ‘Comedian’ cumalah pisang yang ditampal pada dinding dengan duct-tape. Tetapi ia tetap terjual kepada seorang pengumpul dari Perancis dan tiada siapa faham mengapa ada orang sanggup membeli ‘karya seni’ ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Tetapi karya ini mirip karya seni yang pernah dihasilkan artis legenda Andy Warhol pada tahun 1967 yang turut memilih pisang sebagai subjek. Namun apa yang lebih mengejutkan adalah semalam, seorang artis bernama David Datuna dengan selamba telah memakan karya seni ini!

Beliau menamakan pementasan itu sebagai ‘Hungry Artist’ dan kerja gila tersebut disaksikan oleh pengunjung yang hadir di pameran tersebut. Ramai yang terlopong dengan apa yang berlaku dan David mempunyai sebabnya yang tersendiri atas perbuatannya itu. “Saya boleh makan pisang berkenaan kerana saya juga merupakan seorang artis, bukan manusia biasa,” terang David.

“Saya sukakan Maurizio Cattelan. Seorang artis yang ‘makan’ karya artis lain. Ia sangat menyeronokkan,” tambah David. Ia masih belum pasti apa yang akan terjadi kepada jualan karya seni tersebut yang telah pun terjual kepada pengumpul dari Perancis.

Ramai sebenarnya yang tidak faham mengapa sesuatu seperti ini boleh dianggap berseni. Mungkinkah ia hanya sekadar gimik untuk menaikkan nama artis tersebut?

Sebelum ini, tular bagaimana gambar yang kabur ini boleh diangkat sebagai salah seorang pemenang dalam Nikon Photo Contest. Baca tentangnya lagi pada artikel di bawah.

Netizen Keliru Mengapa Gambar ‘Blur’ Ini Terpilih Sebagai Pemenang Nikon Photo Contest

Kerana Minat Lelaki Ini Warnakan Semula Filem P.Ramlee Untuk Tontonan Semua