Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai orang untuk dibela. Mana tidaknya, comel dan teletah manja si kucing pasti buat ramai orang ‘cair’ dengan ia.
Terbaharu, menjadi buah mulut netizen apabila tular beberapa keping gambar pembinaan rumah kucing yang kelihatan eksklusif di media sosial. Untuk pengetahuan anda, pengguna Facebook DataKitt Cattery telah berkongsi proses menyiapkan rumah tersebut. Apa kata anda lihat dahulu gambar proses membina rumah kucing ini.
Kita dapat lihat pembinaan rumah kucing tersebut telah dibina di halaman rumah sahaja. Malah, dinding dan atap bumbung rumah kucing ini diletakkan aluminium untuk kelihatan eksklusif dan menawan.
Untuk pengetahuan anda, kos keseluruhan bagi membina rumah kucing ini dalam lebih kurang 200k Baht (~RM27,137.32) dan termasuk penghawa dinding. Mesti anda sudah tidak sabar untuk lihat hasil rumah kucing yang eksklusif ini. Ayuh kita lihat!
Cantik, bukan? Manalah tahu dengan perkongsian ini dapat jadikan ia sebagai inspirasi untuk anda bina rumah kucing anda sendiri. Pasti si comel anda lebih gembira.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa rekaan rumah untuk anda lihat dan jadikan inspirasi agar dapat cantikkan rumah anda. Klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.
5 Tahun Simpan Duit, Lihat Transformasi Bilik Kecil Menggunakan Barang IKEA Bermodalkan RM5,000
Lama Terbiar, Lihat Bagaimana Rumah Kampung Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Moden
Persis Gambar Pinterest, Lihat Transformasi Bilik Dengan Rekaan Scandinavian Bermodalkan RM5,000