The iPhone Photography Awards atau IPPAWARDS baru-baru ini menamakan pemenang untuk tahun 2018. terdapat beribu-ribu gambar dari fotografer dari 140 negara yang sertai seluruh dunia menyertai acara tahunan ini dengan menggunakan telefon pintar iPhone.

Jurugambar Jashim Salam dari Bangladesh menerusi kategori dokumentari telah memenangi hadiah utama dengan menghantar gambar bertajuk ‘Displaced’. Foto yang diambil menceritakan tentang anak pelarian Rohingya menonton filem kesedaran mengenai kesihatan dan sanitasi berhampiran kem pelarian Tangkhali di Ukhiya.

winer of the year
‘Displaced’ Jashim Salam

Selain Salam, pemenang lain antaranya Alexandre Weber dari Switzerland yang menghantar gambar bertajuk ‘Baiana in Yellow and Blue’ dan Huapeng Zhao dari China bertemakan ‘Eye to Eye’.

Setiap pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah sekeping bar emas dan iPad Pro manakala pemenang tempat kedua, dan ketiga masing-masing menerima Apple Watch Spor dan bar Palladium.

Tempat pertama menang bar emas dan anda cuma perlu ada iPhone dan rakam gambar cantik sahaja. Mungkin tahun hadapan anda boleh join pertandingan ini. Untuk galeri penuh pemenang-pemenang lain, boleh ke laman IPPAWARDS di sini.

iphone-photography-awards-winners-2

iphone-photography-awards-winners-3

iphone-photography-awards-winners-5

iphone-photography-awards-winners-6

iphone-photography-awards-winners-7

iphone-photography-awards-winners-8

iphone-photography-awards-winners-9

iphone-photography-awards-winners-11

iphone-photography-awards-winners-14

iphone-photography-awards-winners-15

iphone-photography-awards-winners-16

iphone-photography-awards-winners-17