Ini gambaran lebih jelas dan terperinci kasut kolaborasi Vans x Pa’din Musa, skater profesional Malaysia dan pemenang emas X-Games dua kali. Kasut Vans ini akan mula dijual hujung minggu ini 2 Disember di butik butik kasut terpilih.
Kasut Vans Pa’din Musa hadir dalam warna hitam kuning yang sinonim dengan warna Harimau Malaya. Tapak kasut ini lebih menarik dengan rekaan belang belang dan pada bahagian insole boleh dilihat tulisan tangan Pa’din di atasnya.
Versi Authentic Pro akan dijual pada harga RM299 manakalah versi Old Skool Pro berharga RM319. Anda boleh ke butik butik skateboard berhampiran untuk dapatkannya.