KAWS nampaknya sekali lagi berkolaborasi dengan Uniqlo. Ini merupakan berita baik buat penggemar kedua jenama ini untuk mendapatkan koleksi kali ini.
Menariknya bagi koleksi kali ini, ia mengetengahkan beberapa corak baharu dimana setiap watak ditemani dengan watak peneman berwarna biru, dan lain-lain. Selain dari t-shirt, koleksi ini juga tampil dengan tote beg yang memiliki 4 pilihan corak berbeza. Malah, setiap koleksi ini dihiasi dengan logo ‘XX’ iaitu logo yang cukup sinonim dengan KAWS.
Untuk pengetahuan anda, harga untuk koleksi ini adalah RM59.90) untuk T-Shirt saiz dewasa dan RM39.90 untuk saiz kanak-kanak. Koleksi ini akan berada di semua butik Uniqlo terpilih dan akan dijual bermula 3 Jun 2019 dan anda juga boleh dapatkan secara atas talian.