Terlepas untuk mendapatkan kasut adidas Pharrell X adidas Hu di KLCC Sabtu lepas? Jangan risau atau bertumbuk kerana ada lagi koleksi terbaru untuk kolaborasi ini.

Koleksi ‘Trail Holi’ ini akan mengambil inspirasi daripada Festival Of Colors yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di India dan Nepal. Seperti festival ini, warna-warna yang ditawarkan untuk koleksi ini juga sangat meriah.

Paling menjadi tumpuan adalah warna tie-dye dalam koleksi ini disamping pilihan warna hitam dan putih. Logik di sebalik warna plain hitam dan putih dalam koleksi ini adalah untuk anda mewarnakannya sendiri kasut ini mengikut citarasa anda. Ada berani? Koleksi ini dijangka dikeluarkan pada 2 Mac 2018 pada harga USD250 (lebih kurang RM1048).