Nampaknya impian peminat papan luncur untuk melihat kolaborasi semula dua jenama ikonik iaitu Supreme dan Vans ini menjadi kenyataan apabila koleksi FW18 menampilkan model Supreme x Vans Sid Pro.
Untuk pengetahuan anda, model yang diumumkan ini pernah diperkenalkan seawal tahun 1995. Dari segi material, model ini menggunakan material suede serta digabungkan dengan tapak yang tebal. Rekaannya yang simple dan kemas antara yang membuatkan model ini menjadi kegilaan peminat skateboard di Amerika Syarikat lebih dua dekad lalu.
Melalui model yang diperkenalkan semula ini, Supreme turut membuat sedikit perubahan dengan menggunakan material yang lebih berkualiti tinggi serta dikeluakan dengan lebih warna pilihan. Berikut merupakan antara model yang tersedia buat Supreme x Vans Sid Pro.