Sebelum ini, Taman Tasik Titiwangsa telah dibuka semula selepas penambahbaikan dan pastinya apabila sebut Ampang Point akan mengimbau nostalgia ramai orang.
Bagi anda yang sering ke Ampang Point, pasti ada daripada anda yang sering menikmati hidangan di gerai-gerai berdekatan dengan bank dan sebagainya di kawasan tersebut. Kawasan tersebut telah dibangunkan semula daripada gerai-gerai yang tidak tersusun, kini hasilnya cukup eye-catching.
Untuk pengetahuan anda, Senario Ampang dan Santai @ Ampang Point telah dirasmikan pada 20 Disember 2019 oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin.
Pembukaan Senario Ampang dan Santai @ Ampang Point ini bukan sahaja akan membolehkan ramai orang berhibur, meluangkan masa bersama yang tersayang, tetapi ia juga akan menjadi satu destinasi pilihan ramai orang.
Jika dilihat, kawasan yang baru sahaja dirasmikan ini kelihatan cukup cantik dan tersusun serta boleh dikatakan ‘Instagrammable’ buat anda kaki foto. Adakah anda sudah menjadi yang terawal singgah ke sini?
Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai tempat telah di ‘makeover’ dan menjadi destinasi pilihan ramai orang? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Setelah Ditutup Hampir Setahun, Taman Tasik Titiwangsa Bakal Dibuka Semula
Persis Gamcheon Cultural Village, Kampung Pelangi Di Kelantan Tawar Keunikan Yang Tersendiri
Lihat ‘Makeover’ Perpustakaan Kuala Lumpur Yang Telah Dibuka Semula