Seringkali iPhone 7 dibandingkan dengan kualiti kamera dari jenama telefon pintar yang lain. Tetapi bagaimana pula performance iPhone 7 jika dibandingkan dengan kualiti gambar yang dihasilkan kamera hebat dari jenama Leica?
Shin Naguchi, seorang jurugambar dari Jepun membuat perbandingan gambar antara iPhone 7(bukan iPhone 7 Plus) dan Leica M9-P dipadan bersama Leica Sumicron lens (setup kamera ini dianggarkan bernilai lebih USD9,000).

Shin mengambil gambar pemandangan yang sama dan untuk perbandingan, gambar iPhone berada di sebelah kiri dan gambar Leica M9-P di sebelah kanan.



Gambar yang ditangkap menggunakan iPhone 7 ini adalah dalam format Raw. Shin tetap menyukai Leica M9-P beliau walaupun keupayaan iPhone 7 ini mengejutkan beliau. Anda pun boleh lihat kualiti gambar yang dihasilkan iPhone 7 dan Leica ini hampir sama. Kita tunggu pula sampel gambar yang akan dihasilkan Google Pixel nanti.
Anda boleh lihat gambar-gambar hebat lain yang ditangkap oleh Shin di sini.