Di Malaysia, destinasi berbulan madu pilihan ramai orang adalah di Pulau Langkawi. Bukan sahaja penuh dengan cerita lagenda, tetapi sarat dengan tempat-tempat menarik dan terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.
Bagi anda yang pernah ke Langkawi, anda pasti sukakan keindahan pantai dan kemeriahan di tepi pantai pada waktu malam. Tempat penginapan merupakan sesuatu yang penting ketika melancong dan setiap orang berbeza cita rasa serta memiliki cara yang berbeza memilih tempat penginapan.




Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk memilih penginapan ini jika ke Pulau Langkawi. The Ritz-Carlton adalah sebuah hotel yang menawarkan pengunjungnya pengalaman bermalam yang cukup mewah dan memuaskan.
Menariknya, anda dapat melihat keindahan pantai dan juga dapat melihat keindahan pokok-pokok yang pastinya memberikan satu pengalaman berbeza. Mana tidaknya, di satu sudut anda akan berasa seperti dalam hutan dan anda juga akan berasa berada di tepi pantai.



Selain itu, rekaan hotel ini memang kelihatan mewah dan terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti infinity pool, kolam renang peribadi, spa dan pelbagai lagi.
Lebih mengujakan apabila anda juga boleh melangsungkan majlis perkahwinan anda di sini. Bayangkan majlis perkahwinan anda dilakukan di tepi pantai, memang awesome!



Hasil tinjauan kami, harga bilik bermula daripada RM1,421 semalam termasuk sarapan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang The Ritz-Carlton manakala tempahan Agoda boleh dibuat di sini.
Tidak tahu hotel apa lagi yang menarik di Langkawi? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Dash Resort Langkawi Tawarkan Penginapan Berkonsepkan Kolonial Perancis
Resorts World Langkawi Tawarkan Penginapan Lima Bintang Dengan Harga Mampu Milik
Alamanda Minang Villa Langkawi, Destinasi Pilihan Buat Mereka Yang Mencari Ketenangan