Dekorasi memainkan peranan penting untuk memastikan mood kita sentiasa dalam keadaan tenang dan ceria. Malah, dekorasi yang cantik juga dapat membantu minda kita menjadi lebih kreatif.
Sebut sahaja bilik hostel, kita pasti sudah terbayang bilik yang bosan dan berkongsi bersama rakan-rakan. Terbaharu, rekaan bilik hostel di Universiti Sains Malaysia menjadi buah mulut netizen.



Pihak Universiti Sains Malaysia telah perkenalkan rekaan bilik hostel yang boleh dikatakan kelihatan cantik dan mewah. Malah, kemudahan dalam bilik juga lebih lengkap.
Menurut Prof. Dr. Aldrin Abdullah, timbalan naib canselor, jika mereka memperkasakan pelajar mereka keajaiban pasti berlaku.



Malah, kebanyakan netizen juga cukup suka dengan rekaan yang ditampilkan dan ada yang mengatakan jika bilik sebigini pasti boleh dapat dekan setiap semester.
https://twitter.com/FLjasmy/status/1167456260679073792
Apa pendapat anda mengenai rekaan hostel tersebut? Jika anda berminat untuk baca lebih lagi artikel berkaitan rekaan yang anda boleh buat sendiri di rumah, klik pautan di bawah.
DIY ‘Brick Painting’ Ini Boleh Dilakukan Dengan Harga Serendah RM150 Sahaja
Lihat Rupa ‘Jiran 58 Guesthouse’ Yang Diubahsuai Daripada Rumah Teres Lama