Rata-rata yang ke Paris mahu melihat Eiffel Tower yang ikonik dan minum kopi di cafe sekitarnya. Ramai yang beranggapan Paris adalah ‘kota cinta’ dan semua penduduknya hidup bahagia.
Namun, realiti itu disangkal oleh seorang jurugambar dari Prague, David Tesinsky. Beliau ke Paris bukan sekadar mahu merakam gambar Eiffel Tower tetapi realiti sebenar bandar Paris.
Bagi yang sudah biasa ke bandar Paris, pasti sudah tahu tentang kebanjiran orang ke kota Paris dan ramai diantara mereka tiba sebatang kara dan menjadi homeless di jalanan kota Paris. David sempat merakam dan berkenalan dengan mereka dan menghasilkan siri gambar ini.
David ke seluruh dunia merakam gambar-gambar yang menarik perhatiannya dan setiap gambar mempunyai ceritanya yang tersendiri. Untuk melihat karya lain oleh David, boleh ikuti beliau di laman Instagramnya di sini.