Seorang rakyat Malaysia bernasib malang apabila percutiannya di Paris bertukar tragedi selepas cincin bernilai 750,000 euro ( RM3.7 juta) telah dicuri dihotelnya di Ritz, Place Vendôme, lapor ACTU17.

Mangsa memberitahu pihak berkuasa bahawa berlian itu ditinggalkan di atas meja dan menyedari bahawa barang kemasnya hilang sekitar 11:30 pagi ketika pulang dari membeli-belah.

Baca Juga:

Polis kini sedang giat melakukan siasatan dan mencari suspek utama kes kecurian ini.

Difahamkan bahawa hotel di sekitar Paris sering menjadi sasaran perompak kerana kebanyakan pelanggan yang tinggal di hotel di sekitar bandar tersebut adalah mereka yang berduit.

Selain itu, hotel di sekitar kota Paris kerap menjadi sasaran “tikus hotel” – satu ungkapan yang diberikan oleh polis kepada perompak.

Penjenayah ini mensasarkan pelancong kaya sebelum mencuri beg pakaian atau barangan berharga mereka dari bilik mereka.

Sumber