Hampir setiap bulan, pasti ada sahaja aksesori-aksesori yang cool dan hipster memasuki pasaran. Sebuah syarikat yang dinamakan Twelve South pada bulan ini telah melancarkan sebuah produk iaitu lilin yang mengeluarkan aroma seumpama barangan baru Apple.

Dikatakan lilin ini menggunakan campuran pudina, buah pic, basil, lavender, limau mandarin. Berdasarkan respon pengguna yang sudah mendapatkan New Mac, ramai yang berpuas hati dan mengatakan baunya sangat mirip dengan Apple Store. Lebih menarik, lilin ini mampu digunakan selama 45-55 jam. Cukup lama untuk menghasilkan bau ‘premium’ sekitar bilik anda.

candle-smells-like-new-mac-2
Stop it tech, you’re drunk

screen_shot_2016-10-04_at_9-26-04_am-0

Pada mulanya kami mengangap idea ini agak gila dan tidak masuk akal. Mungkin disebabkan menggunakan nama Apple sebagai cara marketing, lilin ini dijual dengan laris. Para pengguna terpaksa menunggu setakat ini untuk menantikan stok lilin baru yang bakal sampai.

Siapa sangka kini telah terdapat lilin buat mereka yang teruja ketika unboxing barangan Apple atau mungkin suka dengan aroma ‘bau kedai’ seperti saya.

Sumber