Lima negara berusaha keras dalam mendesak agar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) agar menggantung Israel dari semua pertandingan peringkat antarabangsa.
Antara negara yang sedang menjalankan kerja underground untuk memastikan Israel digantung ialah Persekutuan Bola Sepak Jordan (JFF) dan beberapa negara lain seperti Algeria, Iraq, Syria dan Yemen.
Baca Juga:
- AFC Sokong Palestine, Mahu FIFA Gantung Israel
- Legenda Kelab EPL Ini Dikecam Selepas Menang Liga Dengan Kelab Israel
- Rakyat Indonesia Bengang Warga Israel Campak, Pijak Indomie
🚨🚨| The Jordan Football Federation is working behind the scenes to pressure FIFA to SANCTION Israel. 🇯🇴🇮🇱
Several federations, including Algeria, Iraq, Syria, and Yemen, have taken a similar stance.
[@Romain_Molina] pic.twitter.com/lAjyuvpJGp
— CentreGoals. (@centregoals) May 27, 2024
Sebelum ini, onfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan sokongan kepada FA Palestine selepas mereka menghantar surat kepada FIFA agar menggantung Israel dari menyertai mana-mana kejohanan.
Dalam kongres AFC yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini, badan bola sepak Asia itu menerusi presiden iaitu Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menyokong tindakan Palestine ekoran serangan yang dilancarkan oleh Israel ke atas negara itu yang turut menyebabkan puluhan ribu rakyat tidak bersalah menjadi mangsa.
“AFC kuat kerana ahlinya dan apabila seseorang menderita, semua anggota yang lain akan terjejas. Kami berdiri bersama Palestine, dan kami menyertai mereka dalam mencari jalan penyelesaian berkaitan bola sepak yang berkesan untuk aduan yang dibangkitkan oleh PFA dalam cadangan mereka.
“Adalah menjadi kewajipan kami untuk menyokong Palestin bagi mencari penyelesaian yang pantas dan berkesan selaras dengan peraturan, peraturan dan statut AFC dan FIFA,” kata Sheikh Salman.
Surat yang dihantar oleh Palestine kepada FIFA pada 11 Mac lalu akan dibincangkan semasa perhimpunan tahunan badan itu selepas dimasukkan ke dalam agenda dengan sokongan dari negara lain seperti Algeria, Jordan, Syria dan Yaman.
Presiden FIFA, Gianni Infantino menyentuh perkara itu dalam ucapannya kepada perwakilan ketika dia menyeru agar bersatu dalam usaha menangani isu-isu dalam dan luar sukan itu.
“Kami semua menderita dengan apa yang berlaku di Palestine. Kami berdoa untuk ibu yang kehilangan anak dan kami berdoa untuk ibu yang kehilangan anak di mana-mana di dunia.
“Bola sepak hanya boleh melakukan sedikit perubahan kerana untuk mengubah situasi di mana-mana di dunia, apa yang boleh kita lakukan ialah menunjukkan perpaduan kerana bola sepak adalah yang menyatukan semua orang,” kata Infantino.