Sebut mengenai motosikal daripada jenama Honda pasti ramai yang cukup kenal dengan jenama yang cukup ikonik ini. Begitu juga dengan model hangat keluaran mereka iaitu Honda RS-X.

Terbaharu, Boon Siew Honda baru sahaja melancarkan Honda RS-X Winner yang merupakan versi terbaharu menjanjikan pengalaman tunggangan luar biasa beserta gabungan reka bentuk sporty dan teknologi terkini khas buat para peminat.

Lebih menarik, Honda RS-X Winner yang dilancarkan pada kali ini bukan sahaja hadir dengan rekaan yang lebih fresh, malah lebih agresif dan responsif di jalan raya. Ayuh ketahui 7 perubahan utama yang ditawarkan pada Honda RS-X Winner.

1. Enjin 150cc baharu dengan prestasi yang lebih padu

Honda RS-X Winner

Honda RS-X Winner Serba Baharu dikuasakan enjin DOHC 150cc dengan sistem penyejukan cecair dan gear 6 kelajuan yang dipertingkatkan. Dengan kuasa maksimum 11.8 kW dan tork 13.6 Nm, jentera ini mampu memberikan pecutan lebih lancar pada setiap tahap RPM.

Lebih menarik, motosikal ini diiktiraf sebagai EEV (Energy Efficient Vehicle) dan menawarkan penggunaan bahan api 50km/liter, menjadikannya pilihan yang mesra dompet untuk perjalanan jauh.

2. Klac assist dan slipper untuk kawalan lebih sempurna

Honda RS-X Winner

Ciri Assist dan Slipper Clutch baharu yang tersedia pada Honda RS-X Winner ini membantu untuk mengelakkan roda belakang daripada tergelincir semasa gear diturunkan secara mendadak.

Selain itu, ciri ini turut membantu penunggang dalam membuat penukaran gear lebih lancar, mengurangkan haus dan lusuh pada klac serta kawalan lebih stabil semasa membrek atau menuruni cerun.

3. Sistem kunci pintar dengan anti-kecurian

Honda RS-X Winner

Bosan dengan kunci konvensional? Kini, RS-X Winner hadir dengan Honda Smart Key System membolehkan anda menghidupkan enjin tanpa perlu mengeluarkan kunci.

Lebih selamat dengan sistem penggera anti-kecurian dan panggilan balik, memastikan motosikal anda sentiasa dilindungi. Menarik bukan?

4. Port USB untuk kekal berhubung

Honda RS-X Winner

Dalam dunia serba digital, bateri telefon habis memang mimpi ngeri buat setiap individu. Menerusi Honda RS-X Winner, model ini dengan dilengkapi port pengecasan USB dengan penutup kalis air, membolehkan anda mengecas peranti dengan mudah ketika dalam perjalanan.

5. Reka bentuk sporty dan agresif

Honda RS-X Winner

Dari segi estetika, model ini tampil dengan rekaan lebih maskulin dan aerodinamik. Garis badan yang tajam dan bersambung dari hadapan hingga belakang memberikan imej yang lebih lincah dan berani.

Sesuai sangat untuk dijadikan pilihan khusus buat para jejaka yang sedang mencari motosikal untuk kegunaan harian.

6. Suis hendal berasingan untuk fokus maksimum

Honda RS-X Winner

Untuk memastikan tunggangan lebih selamat, RS-X Winner Serba Baharu kini memiliki suis hendal berasingan untuk membolehkan kawalan lebih intuitif untuk lampu, isyarat belok dan hon tanpa mengganggu fokus penunggang.

7. Rim 17-inci yang lebih sporty, stabil dan kukuh

Honda RS-X

Dilengkapi rim 17 inci baharu yang lebih sporty dan dinamik, model ini menjanjikan kestabilan yang lebih baik, terutamanya ketika menunggang pada kelajuan tinggi.

Harga & Pilihan Warna 

Honda RS-X Winner

Honda RS-X Winner Serba Baharu ditawarkan pada harga RM9,998 (tidak termasuk cukai jalan, insurans & pendaftaran) untuk warna Biru, Hijau dan Kelabu Matte. Manakala, edisi Kuning Khas boleh didapati pada harga RM10,298.

Soal keselamatan, para penunggang tidak perlu risau kerana Honda RS-X Winner telah diiktirafkan dengan 5-bintang Program MyMAP yang sekaligus mengesahkan motosikal ini menepati standard ketat pengeluaran antarabangsa, keselamatan, inovasi teknologi dan khidmat sokongan pelanggan.

Dilengkapkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km, Honda RS-X Winner bersedia untuk memenuhi keperluan penunggang Malaysia dari pelbagai lapisan umur.

Honda RS-X Winner

Adakah Honda RS-X Winner Serba Baharu ini bakal menjadi ‘raja jalanan’ pilihan anda? Ketahui lebih lanjut mengenai Honda RS-X Winner dengan layari laman rasmi Boon Siew Honda.