Kecoh baru-baru ini apabila Tuah Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai Tyzo Xander mengumumkan kontrak bersama Suria FM ditamatkan serta-merta.

Hal ini bukan sahaja mengejutkan beliau sendiri malah peminat Suria FM dan para netizen yang pelik stesen radio tersebut sanggup melakukan demikian pada pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 bagi kategori Penyampai Lelaki Popular.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Terbaharu, di sebalik kemelut yang berlaku, Linda Onn selaku bekas penyampai Suria FM tampil berkongsi sejarah hitam yang menimpa beliau sewaktu bertugas di stesen radio tersebut menerusi Facebook rasmi beliau.

Menurut Linda, beliau mulai menyertai Suria FM sewaktu stesen radio tersebut hanya mempunyai 700 ribu pendengar. Pada ketika itu, beliau memaklumkan, mahu mendapatkan respon daripada pemanggil telefon juga agak sukar.

Walau bagaimanapun, berkat kerja keras daripada beliau, Kudsia Kahar, Adi, arwah Adibah Noor membuatkan stesen radio itu berjaya meraih pendengar baharu serta meraih lebih 3 juta pendengar.

Pada ketika itu, Suria FM semakin dikenali di mana para pendengar semakin aktif dalam membuat panggilan bersama stesen radio tersebut.

Dalam pada itu, langit tidak selalu cerah menurut Linda. Di saat Suria FM mempunyai momentum yang baik di mana rancangan mereka meraih rating tertinggi, beliau telah diumumkan kontrak tidak disambung sekaligus membuatkan hari tersebut menjadi hari terakhir beliau.

Lebih menyayat hati, beliau sepatutnya membuat temu bual bersama Dayang Nurfaizah di mana rakaman tersebut bakal dikongsikan bersama pendengar pada keesokan harinya namun tidak dapat dilakukan disebabkan kontrak beliau ditamatkan. Situasi ini mulai diketahui beliau hanya selepas Dayang Nurfaizah tiba di konti Suria FM.

“Tapi inilah realiti dunia radio. Dengar macam best. Terpeleot sikit, nasib kita di hujung ink pen tu. Tengah sedap dapat rezeki, tengah sedap layan pendengar, tengah happy dengan pekerjaan, tiba-tiba kontrak tamat.

Yang tahu dunia radio sahaja tahu. Banyak yang indah tapi segalanya bergantung kepada kontrak sambung atau tidak. No matter you menang ABPBH 7 kali sekalipun. Tak membantu ya anak anak” kongsi Linda Onn.

Linda Onn turut menitipkan pesan kepada Tyzo agar bersabar dan memaklumkan satu pintu tertutup berkemungkinan 10 pintu bakal terbuka buat DJ berkenaan.

Sumber: Facebook Linda Onn
Sumber: Facebook Linda Onn

Perkongsian yang dibuat Linda Onn ini sekali lagi mengejutkan para netizen mengenai ‘kekejaman’ dunia radio di mana kontrak mungkin tidak disambung pada saat-saat akhir.

Rata-rata mengharapkan situasi seperti ini tidak lagi berulang kerana bakal memberi kesan kepada pendapatan DJ berkenaan dan juga para pendengar yang tertanya-tanya dengan situasi yang berlaku.

Sumber