Semalam dilaporkan bahawa Tyzo sudah ditamatkan kontrak di Suria FM dan muncul pelbagai spekulasi apabila dia mengatakan itulah harga yang dia harus bayar di atas kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lalu.

Bahkan, para peminat juga berasa hairan dengan keputusan penamatan kontrak yang diambil oleh pengurus besar syarikat radio tersebut, DJ Lin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan itu, DJ Anne daripada stesen radio Selangor FM di Instastory miliknya mendakwa seseorang yang dikenali ramai menjadi punca dan menganiaya Tyzo sehingga perkhidmatannya diberhentikan serta merta.

Dakwanya lagi, Tyzo terpaksa menanggung akibat hanya kerana memenangi trofi penyampai radio paling popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 tempoh hari dan tindakan individu tersebut mematikan kerjaya Tyzo supaya tiada lagi pesaing.

“Sebab tu bila dah tua-tua belajar terima hakikat diri dah sendu. Bila masih fefeling inilah jadinya. Buat keputusan ikut kepentingan sendiri.” tulis DJ Anne.

Tambah Anne, dia tidak sanggup berdiam diri melihat rakan seperjuangan dalam industri dianiaya seperti itu.

Terdahulu, Tyzo tampil meluahkan rasa kesal kerana dirinya seperti dianiaya dan tidak reda sama sekali dengan pemecatannya itu di media sosial miliknya.