Penyampai radio popular, Tyzo telah meminta agar selepas ini tiada pihak cuba spin cerita berkenaan dengan kontraknya di Suria FM.

Tyzo disahkan tidak akan berkhidmat lagi bersama dengan Suria FM.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terdapat banyak spekulasi di kalangan netizen berkenaan dengan sebab kenapa Tyzo tidak disambung kontrak.

Ada yang kehairanan bagaimana DJ yang diangkat sebagai penyampai radio paling popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian boleh tidak disambung kontrak?

Suria FM menerusi Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), keputusan tidak meneruskan kerjasama dengan Tyzo adalah sebahagian strategi baharu stesen itu dalam menghasilkan produk lebih segar pada 2024.

Dalam satu kenyataan Tyzo di media sosial beliau, Tyzo tidak mahu ada pihak selepas ini cuba memutar belitkan cerita.

Dia langsung tidak pernah mahu meninggalkan Suria FM. Dan dia tak mahu dituduh sebagai bersikap diva dalam rundingan kontrak.

Tyzo menegaskan dia sendiri tidak redha dengan pemergiannya kali ini daripada stesen tersebut.

Lebih mengejutkan Tyzo menyatakan, itu adalah harga yang dia harus bayar di atas kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lalu.

Dia berkata: “Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya.

“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan penyampai radio popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023.

Tyzo memberikan amaran agar tiada mana mana pihak yang spin cerita pula selepas ini hanya semata mata mahu menutup aib.

Tyzo menambah: “Selepas ini mohon tiada pihak ‘spin cerita’, ‘olah ayat’, ‘tuduh diva’ demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya.

@tyzoxander

SAYA MINTA MAAF KERANA INI BUKAN KEPUTUSAN SAYA. SAYA MASIH LAGI MAHU BEKERJA. SAYA PUNYA ANAK, TAPI INI BUKAN KEHENDAK SAYA. INILAH HARGA YANG PERLU SAYA BAYAR UNTUK SEBUAH KEMENANGAN PENYAMPAI RADIO POPULAR, ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2023 #abpbh35 @beritaharian SELEPAS INI MOHON TIADA PIHAK “SPIN CERITA”, “OLAH AYAT”, “TUDUH DIVA” DEMI MENUTUP AIB. HANYA YANG PERNAH LALUI SAHAJA TAHU SAKITNYA..😭 JUTAAN MAAF KEPADA SELURUH PENDENGAR SURIA PETANG. BUAT KAK RARA @shieraijoy SAYA AKAN RINDUKAN BEKERJA DENGAN AKAK. SAYA TIDAK REDHA PEMERGIAN INI. TAPI APA DAYA SAYA, SAYA TIADA KUASA, SAYA TIADA PILIHAN. SAYA HARUS PERGI. MAAFKAN SAYA. SELAMAT TINGGAL.. SURIA @suriamalaysia 😭

♬ original sound – tyzo X xander – tyzo X xander

“Jutaan maaf kepada seluruh pendengar suria petang. Buat kak Rara ataupun Shiera Ijoy, saya akan rindukan bekerja dengan akak. Saya tidak redha pemergian ini”

“Tapi apa daya saya, saya tiada kuasa, saya tiada pilihan. Saya harus pergi. Maafkan saya. Selamat tinggal.