Jika semalam Marvel melancarkan trailer rasmi Spider-Man: Far From Home, Lionsgate juga tidak mahu ketinggalan untuk berkongsikan gambar rasmi untuk filem John Wick 3.

John Wick: Chapter 3 – Parabellum adalah tajuk rasmi untuk filem ini dan melalui gambar yang dikongsikan, John Wick (Keanu Reeves) sudah dilabel sebagai “excommunicado” dan bakal dicari oleh semua agen Continental di seluruh dunia. Uniknya poster ini adalah ianya dibiarkan ‘terbalik’ dan untuk membaca tulisan pada poster ini, anda perlu membacanya di depan cermin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

john wick poster

John Wick menjadi buruan selepas membunuh Santino ketika beliau berada di ‘zon selamat’ Continental hotel. Jika anda tidak ingat, sila tonton semula John Wick 2. John Wick: Chapter 3 – Parabellum akan berada di pawagam 17 Mei 2019.

P/S: Trailer rasmi John Wick: Chapter 3 – Parabellum akan dilancarkan Khamis ini. Tunggu!