Arena sukan permotoran di pantai timur semakin meriah apabila Kelantan kini miliki sebuah litar untuk kegunaan sukan drag.

Dikenali sebagai ‘Litar Drag Kelantan’, litar tersebut terletak berhadapan dengan Masjid Sultan Ibrahim, Mukim Mujur.

Baca Juga:

Pada 6 hingga 8 November ini, Drag Dolphin Club “DDC Event Management” menganjurkan acara drag, sekaligus menjadikan acara pertama dianjurkan di litar tersebut.

Kelantan Kini Miliki Litar Drag Pertama
Sumber Gambar: Facebook Drag Dolphin Club “DDC Event Management”
Kelantan Kini Miliki Litar Drag Pertama
Sumber Gambar: Facebook Drag Dolphin Club “DDC Event Management”

Menerusi hantaran Facebook Naib Canselor UMK, litar tersebut dibina menerusi kerjasama strategik antara pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Koperasi Universiti Malaysia Kelantan Berhad (KUMKB).

“Litar tersebut menjadi pemangkin kepada penerokaan baharu dalam ekosistem sukan permotoran, inovasi dan keusahawanan di universiti,” kata Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Bin Abdullah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, DH Supt Mohamad Ismail bin Jamaluddin menekankan kepentingan pematuhan terhadap aspek keselamatan serta garis panduan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Penganjur turut dinasihatkan agar memastikan litar Drag dan Drift berada dalam keadaan terbaik bagi menjamin keselamatan peserta serta pengunjung sepanjang program berlangsung,” kata beliau.