Peminat Formula 1 di luar negara rata rata mahu Litar Sepang dikembalikan dalam kalendar perlumbaan.

Mereka akui rindu dengan Litar Sepang. Kerana litar itu sangat mencabar dan seringkali memberikan kejutan.

Selain itu Litar Sepang juga seringkali menjadi litar yang boleh memberikan kejutan atau plot twist dalam penentuan kejuaraan menurut mereka.

“Kembalikan semula Malaysia,” tulis seorang peminat.

f1

Joe Balais menulis: “Sepang jauh lebih bagus daripada Las Vegas, Miami, Saudi, Qatar dan Marina.”

Ash Done pula berkata: “Rindu betul dengan litar ini! Ianya litar yang sangat licin lancar seperti meja snooker.

“Namun cuaca dan suhu panas pada tayar membuatkan ia sentiasa menjadi perlumbaan yang mengujakan untuk ditonton.”

Yang lain turut mengingatkan tentang cabaran cuaca kadang kadang panas,  tiba tiba hujan, kemudian panas balik ketika perlumbaan sedang berlangsung.

Mahu Litar Sepang dikembalikan kata peminat F1

Tak kurang juga yang memuji litar Sepang memiliki trek yang sangat bagus.

Litar sepang dikembalikan

Peminat yang lain turut setuju agar Formula 1 kembali dianjurkan di Litar Sepang.

Ini kerana Litar Sepang sentiasa menjanjikan perlumbaan yang luar biasa setiap kali ianya berlangsung.

“Adakah hari ini hujan atau tak? Pengendalian strategi [pasukan berlumba] ketika itu  membuatkan ia sangat seronok ditonton.

“Harus kembalikan litar ini, sudah  tentu,” tulis Mike Dray.

f1

Kemudian seorang lagi peminat mengingatkan generasi baharu hari ini bahawa selekoh ke-15 atau turn 15 di Litar Sepang adalah neraka untuk pelumba ketika itu.

Ianya sangat mencabar terutama sekali dengan cuaca tidak menentu dan apabila pasukan tersebut tidak menggunakan tayar terbaik dalam kondisi terbaik.

Ini menjadikan Litar Sepang antara litar paling mencabar dalam kalendar perlumbaan Formula 1.

Jadi adakah anda mahu Litar Sepang dikembalikan dalam kalendar F1?