Litar Antarabangsa Sepang (SIC) cukup sinonim dengan aktiviti dan acara sukan permotoran. Bagaimanapun, mulai tahun hadapan litar itu akan dijadikan sebagai salah satu lokasi bazar Ramadan di kawasan Sepang.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang), Muhamad Shah Osmin, petik BERNAMA.
Baca Juga:
- SIC Kini Dikenali Sebagai Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang
- MotoGP Kembali Ke Litar Sepang, Tiket ‘Early Birds’ Ditawarkan Bermula RM123 Hingga RM543
- Lihat Pemandu Profesional Pusing Satu Litar Sepang Kurang 3 Minit Dengan Proton X50
Menurutnya, sebanyak 12 lokasi bazar Ramadan akan dibuka melibatkan 866 petak bazar nanti.
Selain Litar Sepang, antara lokasi bazar Ramadan dalam kawasan Sepang nanti adalah Kip Mall Cyberjaya, Taman Mas, Desa Pinggiran Putra, Kosmopleks, Taman Putra Perdana, Sungai Merab, Dengkil Jaya, Dengkil, Sungai Pelek dan Sepang Putra.
Pembukaan bazar Ramadan Litar Sepang merupakan kerjasama antara MP Sepang dengan pihak pengurusan SIC.
Dalam pada itu katanya, program sifar penggunaan straw plastik dan penambahbaikan Program Bebas Plastik melibatkan penggunaan plastik sekali guna di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan itu dikuat kuasakan tahun hadpaan.
Muhamad Shah menyeru pihak pengunjung digalak membawa bekas makanan sendiri ke bazar Ramadan bagi menyokong Kempen Bebas Plastik 2025.