Iceland antara destinasi idaman ramai traveller di luar sana. Negara yang terkenal sebagai tanah api dan ais ini sering digambarkan dengan suasana yang cukup indah dan nyaman. Jadi, tidak hairanlah mengapa alasan ini digunakan untuk berada dalam senarai bakul anda!
Jika sebelum ini di The Vocket kami pernah menerbitkan perkongsian itinerary kembara Iceland selama 9 hari 8 malam dari Bella Azmi, kali ini kita terjah pula ke 10 lokasi hits yang sering diburu pelancong bila mereka travel ke Iceland.

BACA: Itinerary Travel Solo Di Iceland Dan Cara Saya Cari Duit Tepi Untuk Kos Perjalanan Di Sana
1. Svartifoss
Air Terjun Svartifoss terkenal dengan dikelilingi batu-batu hitam berbentuk heksagon. Jika anda mahu menikmati keindahan air terjun paling ‘luar biasa’ di Iceland, Svartifoss adalah destinasi yang paling tepat sekali.
Cantik dimata sedap dipandang, tetapi untuk sampai ke sini anda perlu berjalan kaki sebatu jauhnya.
2. Seljalandsfoss
Air Terjun Seljalandsfoss merupakan air terjun paling terkenal dikalangan pelancong di Iceland. Tidak lengkap rasanya kunjungan anda ke Iceland jika tidak melawat Seljalandsfoss.
Berada kira-kira 60 meter dari tebing gunung berapi, pengalaman berjalan di belakang air terjun ini adalah satu-satunya sebab kenapa ia unik untuk dinikmati.
3. Askja
Selalu lihat gambar ini di internet? Ya, ini juga merupakan salah satu tempat cantik yang ada di Iceland. Askja merupakan kaldera besar yang terletak di Dyngjufjoll Mountains. Untuk sampai ke sini, ia mengambil masa perjalanan sekitar 11 hingga 14 jam.
4. Thingvellir National Park
Tempat ini dahulunya digunakan sebagai tapak Parlimen Iceland pada abad ke-10 hingga abad ke-18. Pada tahun 1930, Thingvellir telah diisytiharkan sebagai taman negara Iceland dan sekarang, tempat bersejarah ini menjadi salah satu tarikan penting pelancongan di sini.
5. Skogafoss
Iceland sememangnya terkenal dengan negara yang mempunyai banyak air terjun. Skogafoss pula merupakan air terjun yang paling besar dan paling menakjubkan ada di Iceland. Terletak di bahagian selatan Iceland dan tidak terlalu jauh, ianya mengambil jarak perjalanan sejauh 60 meter dari jalan utama.
6. Laugavegur
Menurut pengembara, menjejak kaki ke Laugavegur adalah cara terbaik untuk anda mengenali Iceland. Perjalanan sejauh 49 batu ini menjadikan lokasi ini sebagai trek hiking paling lama di Iceland. Buat anda yang memang sukar aktiviti lasak seperti ini memang sangat di syorkan.
7. Myvatn
Terletak di bahagian utara Iceland, Myvatn merupakan tasik cetek yang terkenal dengan pelbagai speises burung. Tasik ini terbentuk akibat letusan lava gunung berapi kira-kira 2,300 tahun dahulu.
8. Dettifoss
Majoriti pengunjung yang pertama kali melihat Air Terjun Dettifoss pasti akan terpesona dengannya. Air Terjun Dettifoss dikatakan air terjun yang paling hebat sekali di Eropah.
9. Reynisfjara Beach
Menikmati keindahan pantai pasir hitam di Iceland? Reynisfjara Beach ialah satu-satunya. Pantai hitam yang cantik ini terletak di selatan Iceland dan turut merupakan rumah kepada burung Puffin yang comel.
10. Vatnajokull
Fuh, ini yang paling menjadi idaman setiap pengembara yang menjejak kaki di Iceland. Gua Ais Vatnajokull atau juga dipanggil Gua Kristal ini terbentuk secara semula jadi. Meneroka di dalam Vatnajokull pastinya satu pengalaman yang cukup mengujakan. Sungguh pun begitu, ianya hanya boleh dikunjugi ketika musim sejuk sahaja.
Secara keseluruhannya, tidak dinafikan Iceland sememangnya destinasi yang penuh dengan lokasi-lokasi yang memukau pandangan disamping memiliki nama-nama yang sukar untuk disebut!