Luis Enrique menafikan dia dan staf kejurulatihannya memberitahu Mikel Arteta bahawa, Arsenal pasukan lebih bagus.
Dalam kenyataan kepada wartawan selepas perlawanan, Mikel Arteta melabel Arsenal pasukan terbaik dalam Liga Juara Juara Eropah musim ini. Sambil menganggap Arsenal lebih bagus daripada PSG.
Arsenal tewas kepada PSG di peringkat separuh akhir UCL. Menafikan peluang mereka untuk mara buat kali kedua ke pentas final UCL.
Arsenal yang sebelum ini dianggap calon juara UCL, gagal menepati aspirasi peminat mereka.
Namun Mikel Arteta menegaskan bahawa pasukannya pasukan lebih baik daripada PSG. Lawan mereka itu terpaksa bergantung harap kepada penjaga gol untuk menghalang Arsenal.
Arteta menguatkan hujahnya dengan menyatakan bahawa Luis Enrique dan staf kejurulatihan PSG sendiri setuju dan memberitahu Arteta bahawa Arsenal pasukan lebih baik.
Arsenal Lebih Bagus Daripada PSG Dan Pasukan Terbaik Di UCL Musim Ini, Kata Arteta
Mengenai sama ada pasukan terbaik tewas, Arteta menyatakan: “Saya fikir begitu, ya. Terutama sepanjang 180 minit. Saya berkata begitu dan mereka (bangku simpanan PSG) berkata demikian kerana mereka baru sahaja memberitahu saya perkara itu.”
Namun kenyataan itu dinafikan oleh Luis Enrique. Yang menyatakan bahawa dia dan staf kejurulatihannya merasakan sebaliknya.
Luis Enrique: ‘Mana ada?’
Mereka tidak rasa Arsenal sebagai pasukan lebih bagus daripada PSG. Luis Enrique berkata: “Mikel Arteta adalah kawan yang baik saya, tetapi saya tidak bersetuju sama sekali.
“Dalam dua perlawanan kami menjaringkan lebih banyak gol daripada mereka dan itu adalah perkara paling penting dalam bola sepak.”
Luis Enrique straight up denying that the PSG bench told Mikel Arteta that Arsenal were the better team:
“I don’t agree at all.” 😅👀 pic.twitter.com/XlNrjQJOYT
— Hayters TV (@HaytersTV) May 7, 2025
Apabila ditanya tentang menewaskan semua empat pasukan Liga Perdana dalam pertandingan UCL musim ini, dia menambah: “Liga petani, bukan? Kami adalah liga petani!”
Skuad Luis Enrique itu akan berdepan dengan Inter Milan dalam final yang berlangsung di Munich.