Luis Enrique akui dia tidak boleh mengelak daripada menghadiri tugasan sidang media. Ini kerana itu sudah termaktub di dalam kontrak dia sebagai pengurus profesional.

Oleh sebab itu sebagai pengurus profesional dia sentiasa menyantuni media.

Pengurus itu akui, dia sanggup untuk dikurangkan gaji 50% jika tidak perlu hadir ke sidang media.

Hal ini kerana menurutnya, dia sendiri kadangkala mahu mengelak daripada bercakap dengan wartawan terutama sekali di Perancis yang kadangkala bertanya soalan yang provokatif, sebagai contoh.

Luis Enrique yang kini mengendalikan PSG, menegaskan bahawa dia kekal profesional untuk sentiasa melayani soalan wartawan dengan sebaik mungkin. Sama seperti pengurus yang lain.

Dia akan sedaya upaya untuk menjawab soalan wartawan di dalam sidang media rasmi sebelum perlawanan dan selepas perlawanan.

Dengan berseloroh dia menegaskan:  “Saya sentiasa ada hubungan yang baik dengan media. Namun jika 25% atau 50% sekalipun gaji saya dipotong untuk tidak bercakap lagi dengan media, saya akan tandatanganinya serta merta.

“Namun hakikatnya, apabila kamu sudah menandatangani kontrak dengan sesebuah kelab, kamu terikat dengan tanggungjawab untuk bercakap dengan media.

“Jika saya ada kuasa nak elak semua ini, saya akan elak. Terutama sekali sidang media selepas perlawanan.