Banksy adalah salah satu aktivis politik dan artis yang sangat dikenali. Pelukis dari England ini dua hari lalu membuat gimik yang hebat untuk salah satu karya yang dihasilkannya pada tahun 2006, Girl With a Balloon.
Dalam satu acara lelongan yang dibuat di Sotheby New York, lukisan ini terjual pada harga $1.4 million (RM5.8 juta). Sebaik sahaja ianya dijual, penggera pada lukisan berkenaan berbunyi menyebabkan lukisan tersebut masuk ke dalam pengisar lalu ‘memusnahkannya’.
“Nampaknya kita semua sudah ‘terkena’ dengan Banksy,” terang pengarah Contemporary Art di Sotheby, Alex Branczik. “Pengisar ini kini adalah sebahagian daripada lukisan ini. Ini juga adalah pertama kali kami berdepan dengan situasi seperti ini di mana pelukis sendiri ‘mencarik’ karyanya selepas ianya terjual,” tambah Branczik.
Teringat pada filem Mission Impossible apabila melihat situasi ini. Apa yang cuba disampaikan Banksy mungkin walau berapa pun harga sesebuah lukisan, ianya masih sekadar kertas yang sangat mudah koyak. Maksud sebenar di sebalik kejadian ini, hanyak Banksy yang tahu. Ianya satu keberanian untuk ‘troll’ peminat seni dengan tindakan seperti ini.