Sekali-sekala apabila kita memandu pada waktu malam, pasti ada hari kita nampak pengguna jalan raya lain terlupa buka lampu dan agak sukar untuk kita ‘memberitahu’ kepada mereka untuk membuka lampu kenderaan — tersalah cara, boleh menyebabkan ‘pergaduhan’.

Seorang pengguna Facebook baru-baru ini telah berkongsi rakaman dashcam bagaimana dia ‘menegur’ pemandu di hadapannya yang terlupa buka lampu semasa memandu kereta.

Baca Juga:

Pada awal video itu, semasa perakam melalui laluan yang gelap, ada beberapa buah kenderaan membelok masuk ke jalannya. Apabila dia menghampiri palang had tinggi, ada sebuah Perodua Viva didapati berjalan tanpa membuka lampu di kawasan gelap itu.

Mungkin disebabkan kereta belakang mempunyai lampu yang cerah, membuatkan pemandu Viva itu ingatkan lampu keretanya sudah dibuka.

Jadi apa perakam itu buat? Dia segera menutup lampu keretanya dan seluruh jalan menjadi gelap-gelita. Tindakan itu sememangnya ‘mengejutkan’ kereta Viva dan pemandunya segera membuka lampu dan meneruskan perjalannya.

Video tersebut telah mendapat perhatian warganet yang lain yang merasakan ‘cara tersebut’ memang terbaik dan mudah untuk difahami oleh pengguna jalan raya lain.

Ada juga berkongsi pengalaman sendiri menghadapi kesukaran untuk memberitahu pengguna jalan raya lain yang terlupa buka lampu semasa memandu.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Setakat artikel ini ditulis perkongsian video itu telah mendapat lebih 500 komen dan 600 kali perkongsian oleh pengguna Facebook yang lain.

Nampak ‘mudah’, tapi siapa sangka ia telah berjaya ‘memberitahu’ kereta di hadapan tanpa berlaku sebarang persengketaan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.