Bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Brazil, Neymar rasmi kembali ke pangkuan yang menaikkan namanya dalam arena bola sepak iaitu Santos dimana beliau menandatangani kontrak selama enam bulan.
Pemain berusia 32 tahun itu diperkenalkan secara rasmi dalam satu majlis yang diadakan di stadium yang dipenuhi oleh ribuan peminat hadir untuk menyaksikan kepulangan golden boy mereka.
Baca Juga:
- Ini Gaji Terbaru Neymar Selepas Tinggalkan Al-Hilal
- Ditamatkan Kontrak, Neymar Terima Pampasan Lebih 30 Juta
- Neymar Jadi Pemain Buangan Di Arab Saudi
NEYMAR IS BACK HOME!!!!!!! 🇧🇷🇧🇷🇧🇷 pic.twitter.com/k1FLVVcunv
— Brasil Football 🇧🇷 (@BrasilEdition) January 31, 2025
Lutut Kiri Neymar Tak Boleh Bengkok
Akan tetapi, tumpuan peminat bola sepak serata dunia lebih tertumpu kepada keadaan fizikal Neymar ketika majlis kepulangan beliau yang mana memberi gambaran semasa keadaan pemain itu.
Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu dilihat tidak boleh membengkokkan lutut kirinya ketika mencium logo Santos di tengah padang sekaligus membangkitkan kebimbangan di kalangan peminat.
Ada juga yang berpendapat sukar untuk pemain itu pulih dan beraksi sama seperti zaman kegemilangannya ekoran kecederaan lutut yang dialami.
The left knee 😬 https://t.co/IgsASVTHZl
— G (@Gideoomatic) February 1, 2025
Gaji Baharu Neymar
Menurut laporan, Santos membayar pemain itu sebanyak £32,500 seminggu. Ia adalah potongan gaji 99 peratus daripada gajinya di Arab Saudi. Bagaimanapun, pemain itu dilaporkan dia akan menuntut 90 peratus hak imejnya sebagai satu lagi sumber pendapatan.
Gaji purata dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ialah £60,000 seminggu. Beliau akan berada di lebih separuh daripada jumlah itu dan ada beberapa pemain berprofil rendah dengan gaji yang lebih besar.
Sebagai contoh, di Manchester United, Tom Heaton dan Jonny Evans kedua-duanya menerima gaji mingguan yang labih tinggi. Penjaga gol pilihan ketiga Heaton memperoleh £45,000, manakala pemain pertahanan veteran Evans memperoleh £65,000.
Meskipun menerima gaji yang rendah, Neymar tidak perlu risau dimana beliau mendapat pampasan sebanyak $30 juta hingga $40 juta sebagai sebahagian daripada penamatan kontraknya.
Sebelum ini, pemain itu menandatangani kontrak selama dua tahun bernilai £260 juta apabila dia tiba di Arab Saudi 18 bulan lalu. Neymar memperoleh £2.5 juta seminggu selepas menjadi salah satu bintang paling berprofil tinggi untuk meninggalkan Eropah demi meraih kekayaan di Timur Tengah.
Dia mengaut £193.8 juta, satu jumlah yang dianggap luar biasa semasa beraksi di negara Timur Tengah itu.